Penubuhan Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia, Cawangan Pekanbaru (PKPMI-CPB) yang pada awalnya diberi nama Gabungan Pelajar- pelajar Malaysia di Indonesia (GPPMI-CPB), telah ditubuhkan pada 17 Oktober 1990. Penubuhan GPPMI-CPB bermula daripada hasil cetusan pelajar- pelajar Malaysia yang berada di Pekanbaru yang ketika itu menuntut di IAIN SUSQA dan UNILAK seramai 32 orang.
Mohd Samadi Bin Hj Mohd Arsyad, merupakan YDP pertama GPPMI-CPB. Kewujudan yang bermisikan untuk menjaga kebajikan pelajar Malaysia di Pekanbaru di samping untuk memproleh pengesahan daripada PKPMI Pusat dengan melobi PKPMI cabang-cabang yang telah ada untuk menyokong GPPMI-CPB bagi menukar statusmenjadi salah satu cabang PKPMI. Hasil perjuangan selama setahun lebih, akhirnya pada tanggal 30 November 1991 GPPMI-CPB yang diutus ke kongres ke 21 di Jakarta.
Sehinnga kini, PKPMI-CPB telah berdiri selama 23 tahun. dengan penukaran organisasi melalui Masyuarat Agung Tahunan yang diadakan setiap akhir periode. berlandaskan MOTTO "BERILMU, BERAMAL, BERIMAN ", PKPMI-CPB telah melakukan berbagai aktiviti dan program disamping mendapat pengawasan sepenuhnya daripada pihak Konsulat Malaysia di Pekanbaru.
Wasilah inilah yang diharapkan dapat membantu pembentukan intelektual pelajar Malaysia di Pekanbaru.
BERILMU, BERAMAL, BERIMAN
Kamis, 19 Desember 2013
Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kasim, Riau
Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kasim, Riau (UIN SUSKA) Riau, merupakan pegembangan atau peningkatan status institut Agama Islam Sulthan Syarif Qasim (IAIN SUSQA) Pekanbaru. IAIN SUSQA Pekanbaru didirikan pada tanggal 19 September 1970 bedasarkan surat keputusan Menteri Agama RI NO. 194 Tahun 1970.
Pada awalnya, terdirinya IAIN SUSQA hanya terdapat tiga buah fakultas, iaitu Fakutas Tarbiyah, Syariah dan Ushuluddin. masa selanjutnya IAIN SUSQA terus berkembang dengan bertambahnya jumlah fakultas dan berbagai sarana lainnya, seperti pada tahun 1997 dibuka Program Pascasarjana dan diikuti Fakultas Dakwah pada tahun 1998. perkembangan tersebut terus berlaku sehingga kini, bilamana IAIN SUSQA bertukar menjadi UIN SUSKA. Berbagai fakultas diwujudkan seperti fakultas Ekonomi dan Ilmu Sosial, fakultas sains dan Teknologi, manajmen perusahaan, teknik industri dan sebagainya. perkembangan sesuai dengan atonomi daerah yang inginkan pengembangan ilmu sosial, humaniora dan eksakta, dengan memantapkan prinsip integralisme ilmu pengetahuan dan islam. dengan perngembangan ini, UIN SUSKA telah memiliki lapan buah fakultas dan sebuah program pascasarjana.
Upaya peningkatan ini didasari oleh kesedaran masyarakat khusunya umat islam terhadap paradigma pendidikan moden dalam rangka antisipasi tuntutan dunia global yang dapat berimplikasikan terhadap penyimpangan norma- norma agama dan budaya islam.
Justeru itu, diharapkan UIN SUSKA mampu menjadi model kepada masyarakat Indonesia khususnya dan Negara luar umumnya (Malaysia) sebagai sebuah gedung ilmu yang mampu melahirkan cendiakawan moden yang menjadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai landasanya, disamping berusaha menyahut seruan kebangkitan ISLAM bagi menerajui arus globalisai ini.
Langganan:
Postingan (Atom)